04 June 2013

Isu perpaduan kaum: belum ada pihak yang memulakan perjuangan itu

Setelah lama selesainya pilihanraya ke13 yang lalu, isu yang paling besar selain dari isu rasuah dan salahguna kuasa, ialah isu perkauman yang dimainkan oleh kedua-dua belah pihak. UMNO menakutkan orang Melayu yang jika Pakatan Rakyat menang orang Melayu akan diketepikan dan bangsa Cina akan mempengaruhi situasi politik negara.

Baik PKR mahu pun DAP membalas dengan menghentam BN yang isu menakut-nakutkan orang Melayu. Itu, kata DAP dan PKR menunjukkan yang BN itu adalah parti yang 'desperate' kerana menggunakan isu ‘sensitive’ ini bagi mendapatkan sokongan orang Melayu. BN menyedari yang orang-orang Cina sudah membelakangkannya.

Isu ini amat laku terutamanya kepada yang muda-muda dan BN kehilangan banyak sokongan walaupun tidak mencukupi untuk dikalahkan oleh pihak Pakatan Rakyat seperti yang kita lihat dari keputusan PRU ke 13 itu. Apabila selesai pilihanraya barulah ramai menyedari yang isu perkauman itu sesungguhnya memberikan impak besar yang ‘negative’ terhadap BN. Di sebaliknya ia memberikan kesan yang baik pula kepada PR terutamanya kepada DAP.

Akhirnya kita jelas terlihat yang DAP seperti juga parti Gerakan, walaupun di khabarkan sebagai parti berbilang kaum tetap dikuasai oleh kaum Cina juga. Baik dari penguasaan pimpinan di peringkat CEC nya mahupun dari perwakilannya dalam barisan pemilihan ahli-ahli Legislatifnya. Kaum Cina hampir seratus peratus menguasainya.

Bak kata perbilangan ‘blood is thicker than water’, mana-mana kaum pun belum lagi memulakan semangat penyatuan kaum yang sebenarnya. Ia masih lagi sebagai ‘indah khabar dari rupa’ sahaja. DAP begitu ‘smart’ sekali dalam pendekatannya kepada kuasa kali ini. DAP memahami perasaan orang Melayu dengan baik. Parti itu memahami orang Melayu mempunyai sentimen yang tinggi dari semangat perkauman seperti orang Cina juga.

Itu sebab orang Melayu apabila di tunjukkan perhatian yang lebih sedikit oleh DAP mereka yang muda-muda terus sahaja memberikan sokongan yang besar kepada DAP terutamanya di P Pinang dan Selangor serta di Johor. Dalam penjelajahan saya keseluruh negara sebelum pilihanraya kerana undangan berceramah, isu keprihatinan kerajaan P Pinang diberikan penekanan besar. Peruntukan berlipat kali ganda kepada Majlis Agama Islam negeri itu menjadi isu yang sangat laku bagi orang Melayu.

Semasa BN masih memerintah Pulau Pinang peruntukan untuk Majlis Agama Islam hanya 12 juta berbanding dengan lebih dari enam puluh juta semasa pantadbiran Pakatan Rakyat DAP di Pulau Pinang. Ini memberikan penambahan nilai kepada DAP sebagai sebuah parti yang ‘multiracial’ dan menjadi pujian orang melayu yang ramai-ramai. Rupa-rupanya orang melayu akan tunduk semata-mata kerana peruntukan untuk Majlis Agama Islam yang tinggi itu sahaja.

Sebenarnya bagi Pulau Pinang, memberikan peruntukan sehingga seratus juta setahun kepada Majlis Agama Islam itu pun, bukan menjadi masalah besar kerana Pulau pinang adalah sebuah negeri yang kaya. DAP boleh memberikan sebanyak mana pun peruntukan untuk orang Islam melayu di sana kerana kekukuhan kewangan negeri itu.

Tetapi apabila pilihanraya sampai, baru ramai yang sedar bahawa DAP tidak kisah dengan wang yang banyak diberikan kepada institusi keagamaan di negari itu asalkan sahaja kuasa politik itu berada sepenuhnya ditangan mereka. DAP tahu orang Melayu mudah terpujuk dengan isu penambahan peruntukan untuk agama Islam itu.

‘Banyak mana wang yang kamu mahukan aku berikan, tetapi kuasa sepenuhnya mesti ada ditangan ku’. Itulah lebih kurang sikap DAP yang sangat ‘smart’ dalam menghadapi isu perkauman itu. Itu sebab keputusan pilihanraya yang lalu kita menyaksikan DAP mendapat penambahan kerusi sebanyak 10 lagi dari apa yang mereka dapati dalam pru yang sebelumnya. PKR dan PAS mendapat kurang kerusi dari PRU 2008 dahulu.

Dengan isu perkauman yang bermain dikalangan DAP itu, ia mendapatkan sokongan bulat dari kaum Cina dan penambahan yang tidak kurang dari kaum Melayu sendiri. Akhirnya isu perkauman ini menguntungkan DAP dengan besar sekali tetapi memberikan kekurangan kepada BN di sebaliknya.

Keuntungan dipihak DAP masih lagi tinggi sekarang ini kerana anak-anak muda yang dinyanyikan dengan lagi ‘multiracial’ itu masih memainkan isu itu walaupun pada hakikatnya isu perkauman itu hanya menguntungkan kepada parti yang memainkan isu perkauman ini dengan begitu ‘smart’ tadi sahaja.

Dalam pilihanraya yang lalu DAP hanya menonjolkan kaum Cina sahaja kecuali dua orang di Pahang kerana DAP tahu dia tidak memerlukan sokongan Melayu sepenuhnya semasa PRU yang lalu itu.Parti itu merasakan sokongan kaum Cina sudah memadai bagi mendapat atau menghampiri kuasa di Putrajaya itu

Pendeknya usaha untuk mendapatkan penyatuan kaum sebenarnya belum pun bermula kerana tiada siapa yang mahu memulakannya. Walau bagaimana pun nyanyian untuk penyatuan kaum itu sudah dimulakan oleh anak-anak muda di seluruh negara walaupun pada hakikatnya ia belum pun bermula walaupun setapak langkah yang positif kearahnya.

Itulah realitinya. Siapa yang hendak membantah pandangan ini, bantahlah sekehendak hati masing-masing. Ini negara demokrasi, bukan ke?

Jika boleh dilakukan dengan jujur, berfikirlah sejenak tentang isu ini sebelum tidur dengan hati yang terbuka tanpa mempunyai prejudis kepada sesiapa termasuk kepada diri kita sendiri.

Ingatlah, agama kita berpesan, berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam. Cuba lah berfikir sebelum tidur khususnya selepas menghadiri mana-mana perhimpunan politik anjuran mana-mana pihak. Selepas mendengar pesanan pemimpin politik kita dengar walaupun sebentar pesanan agama kita pula. Tidak payah lama, sekejap pun memadai.

Lupakan ucapan yang berapi-api itu buat sementara, dan ingat pula kepada pesanan-pesanan yang baik yang lain. Setelah berfikir dengan tenang dan lunak, barulah lelapkan mata sehingga sejurus sebelum subuh keesokan harinya.

26 comments:

Unknown said...

Salam tuan, apalah sudi kiranya tuan dapat listkan blog sy di bloglist tuan. Jasa tuan sy dahulukan dengan jutaan terima kasih..

Yang benar,

Tinta Asyraf
www.tintaasyraf.com

Unknown said...

aspan...

kalau kiri salah, kanan pun salah...so jalan mana nak ambik....

orang melayu patut tanya diri sendiri,

kenapa bahasa inggeris tak pandai...

kenapa belajar tak nak rajin2

kenapa suka berpoya2

kenapa lebih suka bercouple dari belajar

kenapa perlukan Tongkat sakti untuk hidup

kenapa orang indonesia (rumpun melayu) boleh berjaya berbanding orang melayu malaysia???

jangan salahkan orang cina n india atas kelemahan diri sendiri...

Anonymous said...

Pak Aspan...hanya umno yg akan memungkinkan Dap berkuasa nnti..ruang dan peluang untuk dap di buka oleh umno...umno lah pengkhianat bangsa melayu...sebagai contoh..di pasir gudang,yg kawasan majaroti cina..mb johor membuat perbagai projek besar dgn infrastruktur yg baik temasuk lego land..begitu juga di bandar bandar lain...apabila pru berlaku..kwsn tersebut di menangi dap..begitu juga di bandar bandar lain...kadang kadang terfikir...umno ne macai pada dap...

Anonymous said...


The Constitution is racist.

Policies are racist or grossly discriminatory, let alone its implementation.

Majority of politicians are racist capitalising on narrow, divisive and damaging race and religious issues to gain support at all cost.

Most people have strong prejudice towards other races.

With power and influence, one can be super/extremely racist and get away with it.

It is NO surprise most people are racist.....how could anyone live a normal ordinary life and develop a health mind in this toxic environment???

Anonymous said...

salam pak aspan ,

siapa yg harus dipersalahkan jika perkara seperti ini terus berlaku ?apakah pak aspan ketika didalam umno pernah menyuarakan hal ini seperti mana pak aspan tintakan didlm blog pak aspan?

Anonymous said...

Pak Aspan,

Tak pernah fikir nak persoalkan kerdibiliti tuan. Memang tak terlintas dlm benak fikiran yang Pak Aspan mempunyai niat yg tidak baik ketika menyertai DAP, mahupun ketika Pak Aspan menegur DAP atas kesalahan dan kelemahan DAP. Saya cukup yakin pada Pak Aspan, tak pernah ragu kerana tak payahlah kita 'speculate' sbb sepandai mana manusia pun, niat sebenar Tuhan yang tahu.

Sbb itu, saya yakin asas Pak Aspan menegur DAP di sana di sini berniatkan kebaikan bersama. Kerana jika ahli sesuatu parti tidak menegur pemimpin parti tersebut, masa itu jugalah parti tu dah menjadi parti syaitan yang pantang ditegur. Oleh yg demikian, teruskan teguran and analisis tuan yg cukup bernas and menyayat hati.

Walaupun tak pernah ragui niat Pak Aspan, namun perlu juga mempersoalkan logik Pak Aspan membentangkan teguran terhadap DAP. Saya kaum cina, tak pernah fikir nak 'join' DAP sbb saya fikir DAP dah terlalu banyak cina. Hasrat saya ialah utk menjadi ahli PAS kerana parti PAS majoriti Melayu. Inilah perjuangan saya utk memajmukan parti majoriti kaum tertentu. PKR? Tak payah sebut dah.

Klu ikut logik Pak Aspan, jika saya ahli PAS, patutlah juga ramai ahli DHPP yang perlu bertanding dlm tiket PAS. Klu tidak, PAS yg sebut 'PAS for ALL' memang tidak bermakna lagi sebab 'discriminate' agama saya mcm DAP 'discriminate' kaum melayu(mengikut lolongan tuan).

Permulaan memang susah, tak payah nak berdebat lagi. Bolehkah Pak Aspan beri ruang kpd DAP untuk membuktikan multi racialnya? Klu tak jadi kat PRU 14(calon melayu yg lebih ramai 20%??) kita tempelak DAP. Saya sebagain Penyokong PR dan berbangsa Cina akan be the first to f**k DAP utk hiprokrasinya. OK? Klu nak masuk CEC, akar umbi kenalah kuat. Jom ajak ramai Melayu masuk DAP. Yakni jika bilangan ahli Melayu ramai dlm DAP, maka CEC akan lebih Majmuk.

Mentaliti tongkat perlu dikikis. Bukankah terdapat lagi satu calon Melayu di Tanjung Piai Johor yg tewas? 2 Melayu tulen dan 1 Melayu 'angkat' dah jadi perwakilan rakya atas tiket DAP. Takkan sbb Melayu, dpt CEC post, dpt tanding dn semua klu tak berkhidmat? Teruskan perjuangan betul dlm DAP, klu dlm 5 tahun DAP tak berubah(target 20% Melayu calon) Saya dan 32 undi dlm keluarga saya tidak akan undi Saudara LGE kat Ayer Putih. Biar dia kalah kerana berdusta besar.

Salam Pak Aspan, mohon maaf klu bahasa saya 'keras' sikit. Yg perlu kita cakap, kita cakap....

Anak Malaysia - Cina tapi China bukan asal saya....

angin bayu said...

Pak Aspan,

Org muda tak kisah cina ke..melayu ke..india ke yang berkuasa..DAP bagi duit kepada pembangunan Islam..apa, org islam melayu tak dpt apa2 keuntungan ke bila dap bagi peruntukkan? Baik cina kafir dap tu bagi daripada org melayu islam yang xpenah nak bagi..ada apa dgn kuasa org melayu kalau berlaku zalim..

Dalam hidup, bukan semua pilihan yang kita ada adalah sempurna..kita tidak diberi pilihan yg sempurna..jadi pilih lah yang kurang mudharat daripada yg memudharatkan..Umno BN wajib 'direhatkan' untuk memperkasa kembali umat dan rakyat malaysia..

PRU yg lepas rakyat nak umno bn tumbang..mereka tak melihat lagi warna kulit dan bangsa..kecurangan umno bn perlu dihentikan dan dibaiki dulu sebelum menjana perubahan..batu penghalangnya perlu dibuang dulu..ibarat nak buat jalan raya..pokok2..batu2..harus dibersihkan dan dibuang dulu..baru boleh buat jalan..kita tak boleh nk buat jalan walaupun kita ada tar gred terbaik sekalipun sekiranya batu besar dan pokok2 tu tak dibuang..

Anonymous said...

angin bayu...betullah Bn itu rasuah. Bak kata AA, rasuah dan BN itu sinonim. Itulah perepsinya dan sebahagiannya itu diwujudkan oleh PR.
Saya anak P Pinang, saya sudah terhidu rasuah dikalangan pimpinan kerajaan DAP PPinang pun sudah ada. Kalau Umno memakan masa 40 tahun untuk jadi parti rasuah, rasa rasalah Dap akan tersangkut dgn rasuah sebelum 15 tahun. ingatlah. Dap dan Umno atau mca tu manusia biasa saja. Jangan oleh kerana politik berpuak terlalu lancang menuduh org lain tidak berpatutan. Tak malu kah sdr apabila terbukti Dap itu pun rasuah dalam jangak yang terdekat ini? silalah cari tempat menyorokan muka anda jika anda masih hidup 10 tahun lagi. Hanya sekadar mengingatkan yang hidup ini walaupun semantara tetapi cukup panjang untuk kita lalui.

teluk bayu

Anonymous said...

Mr AA,
Saya adalah dalam gulungan orng bangsa Cina yang tidak menyokong Dap sejak dulu lagi. Saya selu nampak cara Dap berbohong dengan cuba menunjuk parti itu sebagai parti untuk semua kaum. Saya sudah menjangka yg keadaan seperi sekrg ini akan berlaku. Skarg bgaimana Dap mahu berbohong lagi...sudah betul terbukti apa yang saya katakan kpd keluarga saya.

segi college

Anonymous said...

Pak aspan..bila cerita pasal duit...kebanyakan manusia samada dlm umno,pkr dap dan pas pon akan lalai dan terjebak...tngok berapa banyak dia org makan..dan berapa banyak bagi pada rakyat..

masalah malaysia ini..org politik tidak jujur dan kakitangan kerajaan tidak amanah...undang undang ada..tapi banyak lubang untuk lepas..kerana silap pemimpin utama..kala kelapa dh tidak betul..jgn diharap badan dan ekor ikut betul...

pemimpin malaysia yg tidak bermaruah (tidak gentlemen) seperti pemimpin politik negara maju..kerana mereka ingin melihat rakyat menjalani hidup berkualiti..

Anonymous said...

Anon 17:47

You really hit it on the head of the nail.

awangbatuburok said...


"Pendeknya usaha untuk mendapatkan penyatuan kaum sebenarnya belum pun bermula kerana tiada siapa yang mahu memulakannya. Walau bagaimana pun nyanyian untuk penyatuan kaum itu sudah dimulakan oleh anak-anak muda di seluruh negara walaupun pada hakikatnya ia belum pun bermula walaupun setapak langkah yang positif kearahnya...."

Salam Tuan AA,

Terimakasih kerana mengakui sumbangan anak-anak muda dalam gerakkerja penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Persoalannya kemana perginya golongan tua? Apakah semuanya sibuk merengek-rengek berebut kuasa dan khazanah negara bagai orang mabuk kepayang dan hilang punca untuk berfikir arah halatuju bangsa, negara dan agama? Saya bersetuju bahawa isu perkauman telah menjadi modal yang besar dalam budaya politik perkauman yang dipupuk oleh penjajah Inggeris dan barua suruhan Inggeris (UMNO) sejak tahun 1946 dulu.

Tempurong politik perkauman (UMNO) itu mesti dibuang terlebih dahulu
dan acuan politik yang baru mesti dibina berasaskan kapada prinsip keadilan yang universal yang diajar oleh Maha Pencipta yakni Allah SWT yang disampaikan kapada ummat manusia melalui para nabi dan para rasul. Sebenarnya kita sudah tidak ada pilihan, mesti memulakan perjalanan yang jauh dan sukar ini dengan membuang jauh-jauh Tempurong Politik Perkauman (UMNO) yang masih berada diatas kepala kita berpuloh-puloh tahun lamanya.

Kita tidak perlu kecoh-kecoh menunggu semua lampu isyarat menjadi hijau untuk memulakan perjalanan yang mencabar dan sukar ini. Langkah yang pertama mesti dimulakan sekarang.

angin bayu said...

Saya pun anak penang, saya pun tahu keadaan di penang. Mana parti pun memerintah..mmg tidak terlepas daripada bt salah..

Ibarat gigi kita. Gigi yg sedang sakit memang wajar dicabut. Kita tahu suatu hari nnt, gigi kita yg lain pun akan sakit. Tak kan kerana kita tahu gigi kita akan sakit satu hari nanti, kita nak cabut gigi tu sekarang? Sekarang yg penting cabut gigi yg sakit dulu. Gigi yg masih elok, mnjadi tanggungjawab kita utk mnjaga dan memeliharanya daripada sakit dan rosak.kalau kita tak jaga..mungkin lg cepat gigi tu sakit..dan jika sudah sakit, cabut shj gigi tu..

Anonymous said...

Pak AA is a blogger whom I am addicted to read all articles written in his blog.
He writes with his heart and he means well for all he expresses. His feelings are the feelings of ordinary people and he has the clues to all problems faced by the country's political parties, I mean the facts and fallacies of them all.

congrats

burn said...

from my point of view…
when a race have been fed for decades, it need time and patience to teach, guide and making them understand the true meaning of being independent. it ain’t easy to just simply throw or push one to be self-reliant of the sudden. this alone, will make them panic, and scare them off easily. why others too want them to stand up on their own? there are already a few who have managed without crutches, and have stand tall.
“dap” is not just picking or looking for that particular race so that it can become more multi-racial. “dap” is already consider one, just that the majority are almost to one race. people should not just joint nor support a party because on their own “race” interest. dap are more interested in unity as one, and become equals in all level playing field. there will be no more crutches. only the needed ones will be given.
for that to happen, it will probably take years to change ppl mindset. even when seeing one with an open mind and educated, it does not mean he or she have open to all. can that person be truly color blind? be self-reliant? be a Malaysian?
i doubt that! most will still shout of their supremacy and their rights! even if they are from 1st, 2nd or 3rd generations. in the first place, does anyone knows the actual meaning of democracy as equality? still doubt that, since most are still not truly color blind!

salam…

ivy said...

Dap didn't take the opportunity to show up s multiracial in the last election. The remains as what is was and that was the best performance that Dap in all its life time...38 seats. So let Dap remains as a chinese party..and it can never ever be a party for all races.

Anonymous said...

Aspan Alias, I am aggrieved to see how on earth some people especially Malays who are crossed at people criticizing Dap man..

They are not even members of the party while those who criticize are the party members for along time. One has to be a member to know what Dap is all about. That party bro, is only meant for the father and son who decide on everything, not he members. If they hear one complaining against them, he is automatically finished.
It takes a member for twenty years like me and many others to understand what Dap stands for.

low

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Perpaduan yang kita impikan ini hanya akan terjadi apabila semua rakyat Malaysia bukan sahaja berbicara malahan berfikir dalam satu bahasa utama.

Kita mulakan dengan menyatukan anak anak kita seawal peringkat sekolah rendah. Hapuskan sekolah berasaskan kaum yang kita amalkan sekarang ini. Inilah ibu segala sikap rasis yang tersemai dikalangan rakyat kita.

Percampuran anak malaysia pelbagai bangsa dan agama dari tahun 1 hingga ke tingkatan 5 (hampir 11 tahun) adalah jalan lebih praktikal kearah perpaduan kaum yang kita bincangkan ini.

Anonymous said...

Pak Aspan..apa yg sya katakan..adalah perkara basic..dan semua org tau tapi berat untuk di fahami...

Diambil kira parti politik di malaysia..bahagikan parti politik org kafir..parti politik org munafik..parti politik org islam..kita akan tau yg mana yg batik dan yg haq...kalo parti politik org munafik vs parti politik org kafir..parti politik org kafir akan menang...( neraka org munafik paling bawah dari neraka org kafir)...begitu juga parti org islam akan kalah jika ahli nya lalai dan tidak beriman..

Manusia di dunia kena tipu dgn keadaan politik..kerana politik yg menyebabkan manusia menjadi lalai..apa yg penting selamat diri sendiri,keluarga dahulu...

Anonymous said...

Salam Pak,

Terima Kasih di atas ingatan tersebut.

Saya berpendapat ramai yang sedar akan hal ini DAP ini. Namun diatas faktor utk menang maka pengundi tiada pilihan terpaksa mengundi komponen dlm PR. Kemenangan DAP adalah satu ujian untuk Pimpinan tertinggi DAP. Jika cakap tak serupa bikin dan tidak jujur terhadap orang melayu maka akan tiba masanya rakyat akan menghukum mereka dengan teruk sekali.

Memang menjadi kebiasaan manusia itu akan lebih ego dan riak lebih-lebih lagi jika mencapai kemenangan besar di luar jangkaan mereka.

Keputusan PRu13 ini lebih banyak menguji kesepakatan, janji, dikalangan Pimpinan PR dan yang lebih penting lagi Rakyat sedang menguji mereka. InsyaAllah..

Time will tell..

Mohd Zuki

Anonymous said...

'Hapuskan sekolah berasaskan kaum yang kita amalkan sekarang ini. Inilah ibu segala sikap rasis yang tersemai dikalangan rakyat kita' - Ibni Ismail.

Racism starts from HOME and it is ugly. It has NOTHING to do with LANGUAGE or RELIGION.

Racism, same with religious intolerance, was made worst in schools and the wider society because it was regularly advanced, tolerated and 'endorsed' by politicians in position of power trust and influence.....some politicians think racism is good and beneficial.


Anonymous said...

Baru separuh jalan menghukum umno, sabar.

Anonymous said...

Aspan,
I am not going to question your criticism on DAP. Be it lopsided or balanced or not? However, I hope that you would have taken initiative in expanding the melayu wings within DAP. I believe you have tried your best but however, I have yet to see your strategy in materialising the expansion of melayus within DAP
Don't rely on PAS & PKR la. Yup, they are your allies but just the allied forces that won the world war 2. Once the battle is done, these allies back to their selfish interests. I dare to say that DAP always wanted to put more melayu candidates but was blocked VEHEMENTLY BY PAS & PKR.
Go search yourself there are instances noticeably in perak, penang, selangor, ns & many other states, DAP was, is & will be denied the opportunities. Didn't Lee Guan Aik, former Kedah DAP chairman ask for bakar Bata to be given to DAP. DAP can easily put one melayu there. How about Chenderiang? Hahahaha.
You are a Kuala Pilah. Have you spoken to Anthony Loke your strategy in putting credible melayu men/women & other races to win NS? It's Anthony who pulled you. It's an open secret Anthony is wooing the NS prince to join DAP. I would rather believe that it's a fact that PAS & PKR has denied DAP the chance this time to contest in melayu seats.
I am really tired. I can only say this much. I believe you understand the real history behind DAP that you would have noticed that one of the prngasas of PAP, precursor to DAP is Abdul Samad Ismail.
UMNO has always been very frightened of PAP/DAP because of its disastrous campaign in singapura where all UMNO melayu candidates mampus in 1959 GE.
There are also plenty of melayus who stood by the party....You should have know who are they by now.
One need to combat the perception/propanganda espounded by UMNO, PAS & PKR. There is a saying.....Where DAP kenna hentam teruk teruk all the time because I believe it's the most principled party in malaysia. A socialist party always principled one. Plus I believe Islam is very very very socialist in nature

Anonymous said...

loose74,
So, did i commit any wrong to change our stand to reverse back to BN and voted for umno in Ampangan, Seremban in the last GE? The 300 odds families who supported Aspan Alias in Amapangan didn't vote for Kamarul Baharin. We felt cheated by DAP especially and Pkr in general for deceiving us here by the believe that Aspan was to be the candidate anywhere in NS. Let me tell you loose74, many of Aspan's supporters were quietly voting against Pr in some other seats in kuala pilah, especially in s menanti and juasseh bro. It was case of deceit and cheating, nothing more and nothing less.
There is a saying known to every one, 'once beaten twice shy'. So let bn rules ns if the change change in ns is a change for the worse bro.

osman, the retiree

Aspan Alias said...

looes74,

I must beg you not to open up my personal issue with DAP. I must emphasize to you that I am not new in politics at least at lower level especially inter-party and intra-party idiosyncrasies.

I do not want to hurt anyone as how others do to me, or to insult anybody like how some did to me.

I know how one feels being insulted thus I do not want to do to others.

Looes74, I am perfectly okay and you don't have to worry about me.

You are asking me to meet Anthony Loke? I wanted to meet him almost 2 yrs ago, but he was too busy for me. He promised to meet me but he is still not free until today.

But I don't blame him bro as I am not within his wavelength to interact with. He is high up now and i am unable reach him any longer.

So bro, let us close the issue. Don't mention this issue anymore. I don't want any polemic on me and the party at all.

Thanks bro. Anyway thanks a lot for your concern and I appreciate your sincerity.

Anonymous said...

Sdra angin bayu,

Sebagai saorang dentist izinkan saya perbetulkan perception salah tuan.Gigi yang sakit tidak semestinya mesti dicabut. Masih boleh dipulehkan dengan penampalan dan berbagai teknik baru pergigian.Kalau boleh kita akan cuba selamatkan dahulu dari hanya mencari jalan mudah dengan mencabutnya.