30 June 2012

Marina dan Ambiga 'bertambat bulu', Mahathir susah hati

Dalam politik anak dan bapa juga ada yang tidak sehaluan. Dalam interview Dr Mahathir dengan Mob TV, beliau telah menegur anaknya Marina supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya (Marina) kerana tindak tanduk Marina itu akan menjejaskan parti pemerintah iaitu UMNO serta menjejaskan juga politik ahli keluarga beliau. Mahathir begitu sangsi akan tindakan Marina bergiat dan menyokong Bersih 3.0 dan Bersih yang sebelumnya itu akan menjejaskan politik adiknya Muhkriz.

Pandangan Dr Mahathir terhadap anaknya itu ada benar dan salahnya. Jika Mahathir lebih memikirkan politik peribadi dan keluarga beliau maka kata-kata beliau itu benar dan betul seratus peratus. Memang banyak pun yang memberi pandangan yang Mahathir ini tidak payah diambil pusing nasihat dan kata-katanya kerana anak beliau sendiri telah menunjukkan sikap ‘anti establishment’ dan Marina telah menunjukkan banyak contoh sikap tidak sehaluan dengan kerajaan BN sekarang ini.

Tetapi jika Mahathir mampu memandang dari sudut lain, iaitu sudut memperjuangkan kebenaran, apa yang dilakukan oleh Marina itu patut direstui oleh Mahathir kerana beliau sepatunya faham yang Marina itu adalah pejuang kepada tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih dan banyak NGO-NGO yang lain. Mahathir sepatutnya merasa bangga dengan ketegasan anak perempuannya itu jika beliau (Mahathir) mengakui kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina itu.

Tetapi nampaknya Mahathir lebih cenderung untuk menjaga kepentingan politik anak lelakinya, Mukhriz dan beliau tidak pertimbangkan kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina yang mendapat perhatian banyak pihak sambil memberikan sokongan kepada pejuang  reformasi pilihanraya itu.

Bagi Mahathir kebenaran dalam isu ini ialah menjadikan Mukhriz sebagai pemimpin politik besar dan sebesar mana pun kebenaran yang diperjuangkan oleh anak perempuannya Marina itu tidak mendapat perhatian beliau. Bagi Mahathir kebenaran itu ialah kuasa dan tidak yang lain. Mahathir semalam mengakui yang beliau akan menyokong Mukhriz jika UMNO menurunkan anak emasnya itu bertanding di salah satu kawasan DUN di Kedah untuk menjadi Menteri Besar Negeri Jelapang Padi itu.

Niat Mahathir untuk meninggalkan warisnya dalam politik tanah air itu sememangnya telah dihidu oleh semua orang dan pengakuan beliau itu tidak mengejutkan sesiapa. Malahan mata Mahathir akan tertutup rapat jika beliau meninggal dunia selepas melihat anaknya itu menjadi orang besar negara seperti beliau. Tuduhan ramai terhadap Mahathir yang beliau membuat ‘bising’ sekarang ini adalah untuk kepentigan keluarga beliau.

Mahathir tentunya mahukan anaknya menjadi seperti Najib dan Hishamuddin yang kedua-duanya adalah anak-anak kepada bekas Perdana Menteri negara. Jika Mahathir berjaya untuk menjadikan anaknya itu pemimpin besar dan akhirnya menjadi Perdana Menteri maka beliau akan berjaya untuk menyambung tradisi yang pemimpin-pemimpin yang akan datang  mesti datang dari keluarga bekas-bekas Perdana Menteri.

Itulah sebabnya Mahathir begitu marah apabila Mukhriz mendapat nombor tercorot dalam pemilihan Ketua Pemuda Malaysia apabila undi beliau jauh kebelakang daripada undi-undi yang diperolehi oleh Khairy dan Khir Toyo dalam pertandingan itu. Yang Mahathir marah sekali ialah terhadap menantu Pak Lah yang telah berjaya mendapatkan undi tertinggi dalam pemilihan Ketua Pemuda itu.

Akhirnya Marina sendirilah yang berhak untuk memilih di antara kebenaran atau politik adik beradik dalam isu ini. Jika Marina memilih untuk mencari kebenaran maka tindakan beliau sekarang amatlah benar dan betul.

Tetapi jika Marina memilih untuk mementingkan politik bapanya dan adik beradiknya eloklah beliau (Marina) mengikut sahaja kata-kata ayahanda beliau itu. Tetapi saya yakin Marina akan terus memilih kebenaran kerana saya rasa beliau tahu yang kebenaran itu akan timbul akhirnya.

Tetapi jika Marina mengikut kehendak bapanya itu janganlah putuskan hubungan baik dengan Ambiga yang telah terjalin begitu rapat selama ini. Marina dan Ambiga itu bersahabat baik. Baiknya Ambiga dengan Marina itu seperti orang ‘bertambat bulu’. Itu kata orang tua-tua dahulu.

9 comments:

Tecumseh Troy said...

Sdr Aspan,

Walaupun dilihat seolah-olah Marina ni anti-Establishment tetapi jangan kita mengharap sangat beliau akan menyokong tindak-tanduk puak anti-Establishment apabila kepentingan keluarganya sendiri terjejas. Bak kata Orang Putih, "Blood is thicker than water".

Mengenai si Mukhriz, adakah benar UMNO Kedah sebenarnya tidak suka beliau? Mereka sudah ada orang mereka sendiri untuk dicalonkan sebagai MB jika BN menang di Kedah (na'uzubillah). Saya hanya dengar berita angin sepoi-sepoi dan angin tu kata UMNO Kedah tak senang jika kerabat Mahathir bertanding di peringkat negri. Betul ke Sdr Aspan?

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Syabas dan terima kasih! Alhamdulillah, syabas dan tahniah juga kepada Marina di atas pendiriannya ini. Semoga akan terus kukuh dan mantap, sekaligus mudah-mudahan menjadi petunjuk kepada sekalian elit UMNO baru sekarang ini. Rasanya, cukup sudah kalau saya nyatakan di sini, yang benar tetap benar meskipun ditekan pelbagai bentuk sepak terajang para pendakyah palsu ini. Justeru, biarkanlah aja si tua itu dengan gundah dan gulananya sehingga tiba masanya, insha Allah. Ingatlah, tiada bernilai sama sekali trillionan jasa ditabur hanya kerna inginkan nama, wanita, harta, kuasa, hatta seisi dunia, bukan kerna-Nya semata-mata. Jom kita tanya dia: "Maukah Tun jadi macam Abu Lahab?"

Terima kasih.

Anonymous said...

Walaupun dilihat seolah-olah Marina ni anti-Establishment tetapi jangan kita mengharap sangat beliau akan menyokong tindak-tanduk puak anti-Establishment apabila kepentingan keluarganya sendiri terjejas. Bak kata Orang Putih, " Blood is thicker than water". Agree 200 percent.

Bukan kah itu nepotism yang sering diapi-apikan oleh maha ?

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Saya fikir Madey lebih takut kerajaan BN jatuh(spt mana yang pernah di ulas).
Saya juga rasa Mikhriz tidak mempunyai karisma sebagai tokoh politik serupa juga dengan Najib dan Hishamudin. Yang mereka punyai sekarang adalah warisan bapak masing2.
Sekarang kita telah dapat lihat Najib(yg mewarisi) teraju negara adalah seorang yang kurang cerdik, baik dari segi dasar, mentadbir dan memerintah.
Tindak tanduk Hishamudin juga telah dapat dinilai, nampaknya sama macam sepupunya.
Rakyat Malaysia perlu mengasingkan perasaan "terhutang budi" kepada bapak2 mereka ini dan tidak memberi sokongan kepada anak2 untuk memerintah.Anggaplah peluang memerintah oleh bapak2 mereka sebagai ketentuan Tuhan kepada mereka dalam menjalani hidup didunia ini.
Kalau kita teruskan dengan sintimen terhutang budi ini negara akan punah.
Saya juga merasai hubungan Marina dengan Ambiga adalah tulus dan ataspendiriannya sebagai orang yang berilmu. Marina dapat menilai perkara baik dan buruk walaupun perkara yg buruk dilakukan oleh bapa sendiri.Kadangkala "Friendship bong stronger than family
Kini Madey meniti penghujung hayatnya dengan mengenang kembali tindaktanduk semasa hayatnya yang lalu.

Quiet Despair said...

Ada yang benar apa yang ditulis oleh Tuan AA.
Begitu juga dengan Tecumcseh Troy. Tepat sekali tulisannya.Marina cuma nampak pro-pembangkang tapi sebenarnya pro-establishment.
Saya ingin menambah sikit kepada Tuan Aspan. Marina adalah the true Mahathir's blue-eyed gal. Dia amat berharap Marina will amount to something. Which is to become a woman Minister at least.
Whatever it is, Mahathir and Marina are each other's fan club. So there's no way she is anti father. Yes, blood is thicker than water.
Saya pernah bertemu dengan Kak Ina. Memang dia more intelligent from Mukhriz or her other siblings.
Tapi oleh kerana sifatnya yang lebih suka enjoy dan bebas kritik dari luar, dia tak mahu masuk politics.
I love that expression tambat bulu. Hahaha sedap bunyinya.
It's new to me. Does it mean tightly knit hairs?
Yeah being of the same keturunan, both are hairy. Haha. But the resemblance ends there. They are just new found friends.
Of course she will be siding with dad and bro to further the Mahathir dynasty.
Dan Tecumseh Roy, rugi sebut nauzubillah. Realitynya Kedah akan pulang semula ke riba BN.
Memang UMNO Kedah tak suka Mukhriz dan ada calon sendiri. Tapi Mahathir and Najib have ways to make them toe the party line and support Mukhhriz as MB.
Takkanlah depa nak lawan tokey. Hot kat belakang jelah.
UMNOpun macam Pakatan mau dynasty rules. Hahaha.

Anonymous said...

Terdapat pro dan kontra hubungan marina dgn ambiga..jika takdir menentukan kemenangan pakatan pada pru akn dtg..Sudah tentu segala penyelewengan madey selama 22 tahun akan dibuka dan didakwa di mahkamah..

Mungkin akan terdapat lobi dri marina melalui ambiga agar madey tidak didakwa..undang undang malaysia dicabuli..baik pakatan dan bee end pimai pimai tang tu..tiada perubahan..xmasuk mulut rimau masuk mulut buaya...

Perjuangan rakyat di persia sia..

Anonymous said...

Salam Tuan,

Sejak akhir akhir ini, penglibatan para artis ke dalam kancah politik negara semakin rancak. Kalau yang masuk UMNO ada, tapi tidak begitu jelas apa objektif mereka masuk UMNO. Tapi yang masuk PAS, PKR, para artis berani menyatakan hasrat mereka di khalayak ramai. Kalau Tuan ingat, berkasa presiden USA 185, Ronald Reagan adalah seorang selebriti.

Tapi kalau penyokong artis atau fan club mengikuti jejak artis masuk PR, maka saya rasa banyak juga. Cuma jangan terlalu mengharap. Pihak PR harus berkerja keras dan smart ke akar umbi di setuap ceruk kampung.

Anonymous said...

Soal anak-beranak pun dibincang di khalayak umum? Apa muslihat seorang bapa berbuat demikian? Sebenarnya, Mahakutty tak senang anak perempuannya yang tidak seperti anak-anak lelaki yang semuanya kaya-raya. Marina yang cekal mempunyai matlamat sendiri. Yang lain semua harap daddykasi...

Anonymous said...

Marina?

anak ngan bapak sama jer